Asmaul Husna


Thursday 27 December 2012

Sunnah Rasulullah Dalam Pemakanan

Assalamu'alaikum,

"Ya Allah berkatilah kami pada apa yang telah Engkau rezekikan kepada kami dan jauhkanlah kami daripada azab neraka."

Hari ni ummi nak berkongsi berkenaan beberapa makanan kegemaran Rasulullah. Ummi ambil daripada internet, Facebook dan catatan Tanyalah Ustaz.

Barli 
Bagus untuk demam jika dibuat sup. Juga menyejukkan badan. Ummi paling suka makan bubur barli. Sedap berkrim..

Kurma
Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah seperti rumah yang tidak ada makanan. Ummi paling suka kurma Ajwa sebab tak manis sangat. Bagus untuk ibu mengandung. InsyaAllah, anak yang dilahirkan cerdas. Juga bagus untuk strok, batuk dan sakit usus.



Buah tin
Buah daripada syurga. Boleh mengubati buasir dan pelbagai penyakit lain


Anggur
Membersihkan darah, menguatkan buah pinggang dan membersihkan perut.



Madu




Ialah makanan segala makanan, minuman segala minuman, ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air panas, membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak. Elok diminun waktu pagi dengan air suam.

Timun/tembikai
Nabi berkata wanita mengandung tidak akan gagal melahirkan anak yang baik dari segi perwatakan dan wajahnya.


Susu
Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan. Menguatkan belakang, memperbaiki otak memperbaharui pandangan mata dan membuang kelupaan.

Cendawan
Baik untuk mata, perancang keluarga.

Minyak zaitun
Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan, merawat radang perut.

Delima
Membersihkan tubuh dari syaitan dan bisikan syaitan selama 40 hari.


Air
Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-lahan. Jangan diteguk. Mudah mendapat sakit pada hati.

Garam
Mengambil secubit garam sebelum makan.

Cuka
Nabi selalu meminum dengan minyak zaitun. Dapat mencegah lemah tulang dan kenyanyukan di hari tua, melancarkan sembelit, menghancurkan kolesterol dan melancarkan pencernaan. Ia juga berfungsi untuk mencegah kanser dan menjaga suhu tubuh di musim sejuk. Ummi biasa makan cuka kurma (khal).

Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai menjaga makanannya sehari-hari.

Cara Makan:
  • Makan hanya cukup sekadar untuk menghilangkan lapar. Jika mahu makan lebih: sediakan 1/3 untuk makanan, 1/3 untuk cecair/air, 1/3 untuk udara/bernafas.
  • Tidak makan buah selepas hidangan berat (eg: nasi, gandum, roti). Hanya makan buah sebelum menjamah makanan lain. Buah segar merupakan makanan pra-cerna, boleh masuk terus dari perut ke usus. Jika dimakan bersama makanan lain (eg: buah bertemu makanan lain dalam perut), buah akan terperangkap, bercampur dalam perut, biasanya mengakibatkan fermentasi (proses menghasilkan tenaga tanpa oksigen) buah dan segala makanan dalam perut berlaku secara sendiri.
  • Tidur sejam setelah makan tengahari (sebelum waktu zohor)
  • Dilarang meninggalkan makan malam. Jika abaikan? Kekurangan nutrisi menambah risiko penuaan (dimakan usia/aging) dan peningkatan berganda kolesterol dalam badan.
  • Kitab-kitab perubatan Islam melarang makan bersama/mencampur makanan darat (ion positif) bersama makanan laut (ion negatif). Menurut kajian, ion+ dan ion- menghasilkan tindakan biokimia yang boleh memudaratkan usus manusia.
  • Makan menggunakan tangan kanan dan dijilat jari. Jari menghasilkan enzim 10 kali ganda lebih banyak berbanding air liur dalam membantu dalam proses pencernaan makanan.
  • Tunggu makanan dimasak sejuk sedikit sebelum dimakan. Tiada keberkatan dalam makanan yang dimakan panas-panas.
Cara Minum:
  • Tidak minum air segelas dalam satu nafas sahaja. Sebaliknya minum seteguk-seteguk selang seli bernafas sambil duduk.
  • Tidak minum ketika sedang menjamah makanan. Sila minum sebelum/selepas makan.
  • Jika lalat jatuh dalam air minuman. Selamkan 100% lalat tersebut ke dalam air. Kemudian buang lalat tersebut. Terdapat sel longitudinal (sel yis) hidup menumpang (parasit) dalam badan lalat dengan sebahagian mencelah di setiap tubula (rongga) respirasi (pernafasan) lalat. Jika lalat diselam, perubahan tekanan osmosis air akan menyebabkan sel ini pecah/meletup membebaskan antidot bagi melawan patogen dalam badan lalat.
Pantang Makan/Minum:
  • Susu bersama salah satu berikut: Daging, ikan, ayam, cuka, buah
  • Ikan bersama salah satu berikut: Daging, telur,  salad
  • Jangan mencampurkan makanan darat dan makanan laut kerana berlawanan ion positif dan negatif. 
Sunnah Amalan Pemakanan Sihat:
  • Bersugi sebelum dan selepas makan. Malah Nabi SAW juga bersugi sebelum setiap kali menunaikan solat fardhu.
  • Makan makanan "whole foods" (makanan yang mengekalkan sebatian asal, bukan makanan proses). Makan makanan yang ada dalam musimnya. Tidak mencampur sejenis makanan bersama sejenis makanan lain sesuka hati. Kini hanya 25% penduduk dunia yang masih makan "whole foods".
  • Tidak mencari kesalahan dalam hidangan. Jika suka, Nabi SAW akan makan. Jika tidak suka, Nabi SAW akan menolak dengan baik.

Hidangan makanan Rasulullah:
  • Kurma + air suam
  • 7 biji kurma + susu (diminum di pagi hari)
  • Roti + masakan daging yang dihancurkan
  • Roti + Minyak zaitun
  • Roti + Keju
  • Susu + Gandum
  • Kurma + Mentega
  • Kurma + Tembikai/timun
Amalan hidup sihat:
  • Tidak meninggalkan solat 5 waktu
  • Makan tidak banyak (sekadar mencukupi)
  • Jangan tidur sejurus selepas makan
  • Main pedang (bersukan)
  • Tidak tidur selepas Subuh dan Asar

Sumber: Facebook, Tanyalah Ustaz dan di sini.

Friday 21 December 2012

Carta Perencanaan Anak Soleh

Untuk simpanan dan tindakan abah dan ummi:

Ya Allah jadikanlah kami hamba-hambamu di kalangan mereka yang solehin lagi muhsinin.
Amin Ya Rabbal 'Alamin

Petikan daripada Majalah Al-Ustaz. Diambil daripada laman Facebook Ustaz Zahazan.
Carta Perencanaan Anak Soleh

Thursday 20 December 2012

Barangan bayi yang perlu dibeli


Assalamu'alaikum,

Sekarang ialah masa membeli-belah barang Ahmad. Ummi biasa cari kat internet dulu untuk dapatkan harga semasa, pastu baru jalan-jalan pi kedai. Ada 2, 3 kedai baby kat Queensbay ummi tengok tapi macam mahal. Ummi suka tengok Peekabo depan BJ shopping complex sebab banyak barang (walaupun kedai kecik je) dan adik salesgirl yang ringan mulut. Ummi pun dah pergi check Lunatots kat Sungai Dua. Saja-saja survey harga untuk cloth diaper.

Ada beberapa peralatan besar yang ummi dah beli. Alhamdulillah.. Bulan ni kena tunggu nak bershopping ye. Duit dah bajet untuk kereta (road tax, insurans dan servis). Tunggu gaji bulan Januari pulak ye..

Ni senarai barangan Ahmad dan ummi yang akan dibeli. InsyaAllah.

*Will be continuously updated

Peralatan
Travel cot
Done. Graco second-hand
Car seat
Done. Cabriofix second hand
Cloth diaper
Done. 9 AI2 Lunatots + 18 mikrofiber inserts
Preorder 5 Weegro AI2
Disposable diaper
Done. Beli Pet-Pet Newborn 
Rak baju
Done. Beli rak plastik kat Mydin
Kelambu

Changing mat
Done
Detergent
Done. Pureen Kiddiwash. Lunacare
Besen mandi baby

Botol susu

Tilam

Bantal

Beg

Stroller
Perlu ke? 
Carrier
Abah nak bawak. Mei tai? Panduan memilih di sini
Termos

Baby Care
Baby wipes
Done
Bedak

Minyak

Cotton bud

Minyak telon

Termometer

Cotton balls

Baby Gear
Baju lengan pendek
Done
Baju lengan panjang
Done
Seluar pendek
Done
Seluar panjang
Done
Barut bayi
DIY
Lampin kain
Done. Pureen (12). Percuma sampel diapers :)
Bedung
Pakai lampin
Romper
Done
Tuala
Done
Sarung tangan
Done
Topi
Done
Feeding
Plastik susu

Berus botol

Nursing pillow
Done. My Brest Friend
Puting botol

Breast pump
Done. Medela Swing
Ice pack

Warmer

Ummi
Bengkung
Di sini
Nursing bra/pad

Cloth pad

Pati ikan haruan

Air zam-zam

Kurma

Madu