Asmaul Husna


Tuesday 18 December 2012

100 days to go!


Alhamdulillah, diam tak diam dah 6 bulan ummi mengandungkan Ahmad. Tinggal 100 hari saja lagi. Ummi rasa macam kejap sangat. Sekarang ni abah tak ada, pergi ber'khemah ibadat' di Pahang. Tapi ummi rasa tenang je. Kalau sebelum ni, mesti ummi terasa sangat kalau abah tak ada. Mungkin sebab ummi rasa Ahmad temankan ummi kot. 2, 3 hari ni Ahmad asyik main-main je dalam perut ummi. Semoga Ahmad membesar dengan baik, jadi penyejuk mata abah dan ummi nanti.. InsyaAllah.. Abah mungkin balik Isnin depan. Alhamdulillah ummi tak ada apa-apa masalah kat sini. Doakan abah selamat di sana dan selamat pulang ke sisi kita nanti. Amin Ya Rabbal 'Alamin..

No comments:

Post a Comment