Asmaul Husna


Tuesday 11 December 2012

Amalan ketika mengandung

Assalamu'alaikum,

Hari ni ummi nak berkongsi sikit tentang serba sedikit amalan khusus yang boleh para ibu lakukan semasa mengandung. Amalan ni ummi ambil daripada buku Ustazah Siti Nor Bahyah: Amalan Ibu Mengandung Menurut Al-Quran, As-Sunnah & Pengalaman dan beberapa sumber daripada internet. Antaranya:
  • Surah al-Fatihah (Menerangkan hati dan menguatkan ingatan) 
  • Surah Maryam (Memudahkan ibu bersalin dan memperoleh anak yang sabar dan taat) 
  • Surah Yusuf (Memperoleh anak yang cantik akhlak dan rupanya) 
  • Surah Yasin (Menenangkan hati dan memperoleh anak yang tidak terpengaruh daripada hasutan syaitan) 
  • Surah Luqman (Memperoleh anak yang cerdik aqal dan jiwa) 
  • Surah an-Nahl (Memperoleh anak yang berdisiplin) 
  • Surah al-Hujurat (Merperbanyakkan susu ibu dan memperoleh anak yang bersifat berhati-hati) 
  • Surat at-Taubah (Membersih jiwa dan memelihara daripada maksiat)
Biasanya ummi baca sendiri. Kalau abah ada, ummi baca dengan abah sama-sama. Itu yang lebih bagus. Ummi juga baca terjemahannya sekali. Moga-moga selepas kita memahami maknanya, kita akan lebih menghayati bacaan kita serta mengamalkannya dalam kehidupan kita. InsyaAllah..

Tuan guru abah juga ada pesan banyakkan berzikir, selawat ke atas Nabi Muhammad shallAllahu 'alaih wasallam dan amalkan Ayat 33 setiap hari. 

Tidak lupa ummi baca Penghulu Istighfar dan Doa Nabi Yunus serta mendoakan kesejahteraan Ahmad di dalam kandungan. Moga-moga Ahmad menjadi hamba Allah yang bertaqwa. Amiin..


Penghulu Istighfar

Doa Nabi Yunus

No comments:

Post a Comment