Asmaul Husna


Thursday 27 December 2012

Sunnah Rasulullah Dalam Pemakanan

Assalamu'alaikum,

"Ya Allah berkatilah kami pada apa yang telah Engkau rezekikan kepada kami dan jauhkanlah kami daripada azab neraka."

Hari ni ummi nak berkongsi berkenaan beberapa makanan kegemaran Rasulullah. Ummi ambil daripada internet, Facebook dan catatan Tanyalah Ustaz.

Barli 
Bagus untuk demam jika dibuat sup. Juga menyejukkan badan. Ummi paling suka makan bubur barli. Sedap berkrim..

Kurma
Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah seperti rumah yang tidak ada makanan. Ummi paling suka kurma Ajwa sebab tak manis sangat. Bagus untuk ibu mengandung. InsyaAllah, anak yang dilahirkan cerdas. Juga bagus untuk strok, batuk dan sakit usus.



Buah tin
Buah daripada syurga. Boleh mengubati buasir dan pelbagai penyakit lain


Anggur
Membersihkan darah, menguatkan buah pinggang dan membersihkan perut.



Madu




Ialah makanan segala makanan, minuman segala minuman, ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air panas, membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak. Elok diminun waktu pagi dengan air suam.

Timun/tembikai
Nabi berkata wanita mengandung tidak akan gagal melahirkan anak yang baik dari segi perwatakan dan wajahnya.


Susu
Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan. Menguatkan belakang, memperbaiki otak memperbaharui pandangan mata dan membuang kelupaan.

Cendawan
Baik untuk mata, perancang keluarga.

Minyak zaitun
Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan, merawat radang perut.

Delima
Membersihkan tubuh dari syaitan dan bisikan syaitan selama 40 hari.


Air
Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-lahan. Jangan diteguk. Mudah mendapat sakit pada hati.

Garam
Mengambil secubit garam sebelum makan.

Cuka
Nabi selalu meminum dengan minyak zaitun. Dapat mencegah lemah tulang dan kenyanyukan di hari tua, melancarkan sembelit, menghancurkan kolesterol dan melancarkan pencernaan. Ia juga berfungsi untuk mencegah kanser dan menjaga suhu tubuh di musim sejuk. Ummi biasa makan cuka kurma (khal).

Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai menjaga makanannya sehari-hari.

Cara Makan:
  • Makan hanya cukup sekadar untuk menghilangkan lapar. Jika mahu makan lebih: sediakan 1/3 untuk makanan, 1/3 untuk cecair/air, 1/3 untuk udara/bernafas.
  • Tidak makan buah selepas hidangan berat (eg: nasi, gandum, roti). Hanya makan buah sebelum menjamah makanan lain. Buah segar merupakan makanan pra-cerna, boleh masuk terus dari perut ke usus. Jika dimakan bersama makanan lain (eg: buah bertemu makanan lain dalam perut), buah akan terperangkap, bercampur dalam perut, biasanya mengakibatkan fermentasi (proses menghasilkan tenaga tanpa oksigen) buah dan segala makanan dalam perut berlaku secara sendiri.
  • Tidur sejam setelah makan tengahari (sebelum waktu zohor)
  • Dilarang meninggalkan makan malam. Jika abaikan? Kekurangan nutrisi menambah risiko penuaan (dimakan usia/aging) dan peningkatan berganda kolesterol dalam badan.
  • Kitab-kitab perubatan Islam melarang makan bersama/mencampur makanan darat (ion positif) bersama makanan laut (ion negatif). Menurut kajian, ion+ dan ion- menghasilkan tindakan biokimia yang boleh memudaratkan usus manusia.
  • Makan menggunakan tangan kanan dan dijilat jari. Jari menghasilkan enzim 10 kali ganda lebih banyak berbanding air liur dalam membantu dalam proses pencernaan makanan.
  • Tunggu makanan dimasak sejuk sedikit sebelum dimakan. Tiada keberkatan dalam makanan yang dimakan panas-panas.
Cara Minum:
  • Tidak minum air segelas dalam satu nafas sahaja. Sebaliknya minum seteguk-seteguk selang seli bernafas sambil duduk.
  • Tidak minum ketika sedang menjamah makanan. Sila minum sebelum/selepas makan.
  • Jika lalat jatuh dalam air minuman. Selamkan 100% lalat tersebut ke dalam air. Kemudian buang lalat tersebut. Terdapat sel longitudinal (sel yis) hidup menumpang (parasit) dalam badan lalat dengan sebahagian mencelah di setiap tubula (rongga) respirasi (pernafasan) lalat. Jika lalat diselam, perubahan tekanan osmosis air akan menyebabkan sel ini pecah/meletup membebaskan antidot bagi melawan patogen dalam badan lalat.
Pantang Makan/Minum:
  • Susu bersama salah satu berikut: Daging, ikan, ayam, cuka, buah
  • Ikan bersama salah satu berikut: Daging, telur,  salad
  • Jangan mencampurkan makanan darat dan makanan laut kerana berlawanan ion positif dan negatif. 
Sunnah Amalan Pemakanan Sihat:
  • Bersugi sebelum dan selepas makan. Malah Nabi SAW juga bersugi sebelum setiap kali menunaikan solat fardhu.
  • Makan makanan "whole foods" (makanan yang mengekalkan sebatian asal, bukan makanan proses). Makan makanan yang ada dalam musimnya. Tidak mencampur sejenis makanan bersama sejenis makanan lain sesuka hati. Kini hanya 25% penduduk dunia yang masih makan "whole foods".
  • Tidak mencari kesalahan dalam hidangan. Jika suka, Nabi SAW akan makan. Jika tidak suka, Nabi SAW akan menolak dengan baik.

Hidangan makanan Rasulullah:
  • Kurma + air suam
  • 7 biji kurma + susu (diminum di pagi hari)
  • Roti + masakan daging yang dihancurkan
  • Roti + Minyak zaitun
  • Roti + Keju
  • Susu + Gandum
  • Kurma + Mentega
  • Kurma + Tembikai/timun
Amalan hidup sihat:
  • Tidak meninggalkan solat 5 waktu
  • Makan tidak banyak (sekadar mencukupi)
  • Jangan tidur sejurus selepas makan
  • Main pedang (bersukan)
  • Tidak tidur selepas Subuh dan Asar

Sumber: Facebook, Tanyalah Ustaz dan di sini.

1 comment:

  1. Korean Baseball Picks and Parlays | Free Betting Tips & Parlays bet365 bet365 クイーンカジノ クイーンカジノ 우리카지노 우리카지노 5312Buy Oriental Game Limited Free Online Game Only at Stillcasino

    ReplyDelete