Asmaul Husna


Sunday 11 November 2012

Bila tok wan bagi buku..

Kali ni cerita pasal buku lagi ye.. Sepanjang balik kampung beberapa kali, tok wan ada hadiahkan buku-buku untuk ummi. Perihatin betul tok wan ye. Tok wan memang perihatin lagi penyayang tau Ahmad.. tapi susah nak tunjukkan kat anak-anak dia. Biasalah orang Kedah sejati. Macho gitu.. huhu.

Ada tiga buah buku yang tok wan bagi. Yang pertama, buku lama sesangat. Tulisan jawi lagi. Warna kuning dah buku dia. Ummi dah tolong balut sekali lagi.. takut relai kulit dia. Ni mesti buku rujukan tok wan dulu-dulu ni. Buku ni bertajuk Dari Rahim ke Dunia (How Do You Come Into The World), hasil tulisan Yusuf Zaki Ya'kub. Bagus bukunya.. siap ada gambar lukisan baby dalam rahim lagi. Dalam tu banyak penerangan saintifik berkenaan kejadian janin di dalam rahim dan panduan ketika hamil.

Dari Rahim ke Dunia
Buku kedua yang tok wan bagi, nukilan Ustazah Siti Nor Bahyah. Tajuknya Amalan Ibu Mengandung Menurut A-Quran, As Sunnah & Pengalaman. Buku ni lebih menitikberatkan panduan kehamilan dalam Islam. Nanti InsyaAllah ummi kongsikan serba sedikit isi kandungannya ye.

Amalan Ibu Mengandung
Buku ketiga.. haa.. ni special sikit sebab tok wan bagi masa hari jadi ummi yang lepas. Tajuknya Kitab al-Muhimmah & al-Mawa'izd al-Badi'ah, nukilan Syeikh Abdullah Ibnu 'Abdur Rahim Fathani dan Sheikh 'Abdul Ra'uf Fanshuri Acheh. Buku ni ialah gabungan dua kitab yang mahsyur di pondok-pondok pengajian. Ustaz Kazim pernah kupas kitab al-Muhimmah dalam kuliah-kuliah beliau. Teks asal dalam Jawi tapi telah ditukar ke tulisan Rumi oleh Ustazah Noraine Abu. Bahasa yang digunakan masih bahasa asal-tiada pindaan daripada teks asal. Meh nak bagi contoh ayat-ayatnya: 

"Inilah kitab yang dinamakan dia Muhimmah pada menyatakan ilmu hadith Nabi ShallAllahu 'alaihi wasallam pada bicarakan kelebihan dan kepujian atas perbuatan isteri bagi suaminya. Dan bicarakan segala kecelaan pada meninggalkannya dan derhakanya." 

Haa... klasik tak? Best kan?

Kitab Muhimmah dan Al-Mawa'izd Al-Badi'ah
Kalau Ahmad nak tahu, ummi dan tok wan memang berkongsi hobi yang sama.. beli buku, kumpul buku dan harapnya bolehlah habis baca semua buku-buku yang sudah dibeli tu. Terima kasih banyak-banyak ye tok wan bagi buku kat ummi. Terharu sangat..

P/S: Selasa lepas (6 Nov 2012) hari lahir tok wan yang ke-70. Ayah.. kak doakan moga-moga ayah dipanjangkan usia dalam keredhaanNya, dimurahkan rezeki dalam keberkatanNya, diampuni segala dosa dan diberi kesejahteraan hidup dunia sampai ke akhirat. Amin Ya Rabbal 'Alamiiin. Kak saaaayang ayah..


Thursday 8 November 2012

What to expect when you're expecting!

Perhatian: Tajuk di atas tiada kena mengena dengan filem "What to expect when you're expecting" ye. Sekian, harap maklum.

Oleh sebab ummi dan abah kan sudah excited bila tahu pregnant, maka haruslah beli buku tentang pregnancy (eheh.. padahal boleh je baca kat internet. Ohh.. baca kat internet tak feeling. Nak buku jugak.. haha hampeh). Jadi ummi dan abah pun pergi Borders kat Queensbay Mall tu. Saja jalan-jalan cuci mata.

Masa jalan-jalan, ummi nampak satu buku ni, What to expect when you're expecting, tulisan Heidi Murkoff dan Sharon Mazel. Ummi terus capai dan minta pekerja Borders bukakan pembalut buku tu. Very nice book.. Bahasa ringkas dan mudah difahami. Baca pun seronok sebab ada unsur-unsur humor.. (takdela ummi mengantuk sangat bila baca..). Tebal 614 muka surat (termasuk dengan indeks semua sekali).
Buku ummi
Buku ni terbahagi kepada beberapa bahagian berkaitan kehamilan. Sangat sesuai dibaca especially bagi ummi yang pertama kali mengandung ni. Ada maklumat lengkap tentang kehamilan (week by week, month by month), apa yang perlu kita expect sepanjang kehamilan (changes in our baby and our body, pregnancy problems), mengenali kandungan kembar (dua, tiga atau lebih..wauu), apa yang berlaku selepas kelahiran, peranan bapa dalam menangani karenah ibu hamil, dan kupasan mengenai complicated pregnancy (placenta previa, placental abruption, molar pregnancy, miscarriage etc.). Kesimpulannya, banyaklah yang boleh dibaca. Membaca kan jambatan ilmu. Apa yang penting, bila dah baca jangan risau terlebih pulak. Stress kan tak bagus untuk ibu mengandung dan baby. Jadikan pembacaan sebagai maklumat awal supaya kita tidak panik dan boleh bertindak dengan baik sekiranya ada apa-apa berlaku. Selebihnya, sentiasa berdoa kepada Allah supaya kita dan baby sihat sejahtera. InsyaAllah..

Bagi yang tak nak beli buku, boleh lawati laman web ini atau kalau yang ada Iphone/Ipod, boleh download apps percuma di sini. Boleh track perkembangan bayi, ada tips harian bagi ibu mengandung dan lain-lain. Boleh korek sendiri dalam internet ye.

Ohh.. cerita beli buku belum habis lagi. Bila tengok ummi dapat buku, abah pun tak nak ketinggalan. Dia pun nak buku sama (cam budak kecik pulak abah ni). One thing about abah, abah memang pembaca yang tekun dan istiqamah ye Ahmad (tak macam ummi.. huu.. Nanti Ahmad rajin baca buku macam abah ye..). So, kitorang pusing-pusing lagi sambil tengok buku. Dah le kalau abah tengok buku memang puas dia belek. Habis 3, 4 buku dia minta bukakan pembalut.. huhu (belinya idak juge).  Kononnya nak beli buku tentang bisnes, tapi tak jadi. Last-last nampak satu buku ni Muhammad saw. Penulisnya Martin Lings atau nama Islamnya Abu Bakar Siraj ad-Din. Tanpa membuang masa, abah pun check dan beli. Hari tu ada promosi Beli-1-dapat-1-lagi-separuh-harga. Yey! Alhamdulillah.. matlamat tercapai.
Buku abah


P/S: Ahmad, abah dah habis pun baca buku abah tau. Kadang-kadang abah cerita sirah Nabi berdasarkan buku ni kat ummi  Abah kata buku ni berbaloi dia beli. Banyak maklumat dan sirah Nabi yang kami tak tahu. Alhamdulillah.. Rasa gembira sangat. Ummi pun nak habiskan buku ummi  Jumpa lagi. InsyaAllah..

Wednesday 7 November 2012

Pengalaman pertama

Alhamdulillah.. diam tak diam, dah hampir 20 minggu ummi mengandungkan Ahmad. Harapnya, masih tak terlalu lambat untuk merakamkan detik-detik sebagai mummy-to-be. Sebenarnya, buat blog ni sebagai pregnancy journal dan panduan mengandung di kemudian hari. InsyaAllah.. sekiranya ada rezeki.

Ummi dapat tahu ummi pregnant masa bulan Ramadhan hari tu, tapi tak ingat exact date. Ummi period dalam 2, 3 hari dan kemudian asyik on off. Isk.. kejap bebeno period kali ni.. Abah beli pregnancy test kit, saja standby kat rumah. Nak check takut rugi kalau tak pregnant. Mahal jugak test kit tu.. (Berkira betul ummi . huhu..). Selepas beberapa hari, ummi check sebab ragu-ragu nak solat. Ummi check sebelum Subuh. Ingat lagi bila tengok dua line kat atas test kit tu, rasa macam tak percaya. Terus kejutkan abah yang tengah tido. Abah cakap Alhamdulillah dengan excited sambil muka mamai-mamai bangun dari tido. Rasa macam tak percaya sebab sebelum ni pun pernah rasa macam pregnant, tapi after tu datang period. False alarm 2, 3 kali.

Oleh sebab rasa masih tak percaya dah mengandung, suruh abah beli lagi test kit. Test lagi masa kat kampung. Dapat dua line. Tak puas hati lagi, lepas dua hari test lagi pakai ClearBlue supaya keputusan lebih sohih.. Huhu.. Mungkin abah tengok ummi macam ape tah, terus ajak pergi hospital (mungkin juga tak nak bazirkan duit beli test kit lagi.. huhu). Buat first ultrasound scan.. Dahla ummi ni jenis pantang jumpa doktor. Ish.. memang tak suka tau kalau doktor pegang-pegang. Goli den... Tak nampak pulak.. Hah sudah.. Doktor kata boleh buat vaginal scan kalau nak nampak lebih jelas. Alhamdulillah, dah terbaca pasal vaginal scan ni. Kalau tidak mau gelabah ummi dibuatnya. So, doktor suruh ummi buang air dulu dan kemudian buat scan. Tak sakit cuma rasa kurang selesalah, kan. Yang penting, tak boleh stress. Kalau stress mungkin sakit kut.

Alhamdulillah, doktor tunjuk ada kantung baby, tapi belum nampak Ahmad lagi, sebab masa tu Ahmad kecik sangat tau. Jadi, doktor ucapkan tahniah dan sahkan ummi mengandung dalam 6 atau 7 minggu. Due date pun belum tepat sebab dua tiga menjak ni, period ummi tak menentu. Jadi ummi main agak2 je. Haa.. sekarang baru rasa puas hati terus.. Masa ni, abah tak ikut masuk jumpa doktor. Haha.. pastu menyesal kenapa tak panggil dia sekali.

Ummi ada gugel-gugel berkenaan pendarahan masa mengandung. Kalau bleeding awal-awal tu, ia dipanggil implantation bleeding. Biasa berlaku antara 10-14 hari selepas persenyawaan. Telur yang dah disenyawakan akan tertanam di dinding rahim. Inilah yang menyebabkan implantation bleeding. Biasanya warna tak macam darah haid. Agak muda sikit warnanya.

Bila difikir-fikirkan, ajaibnya kejadian manusia ni. Allah menyusun atur sesuatu yang kompleks dalam tubuh kita. Nampak kompleks bagi kita, tapi tiada sesuatu yang mustahil pun bagi Dia Yang Maha Mencipta lagi Maha Bijaksana. Kun fayakun.. Terima kasih Ya Allah..


Nanti ummi sambung lagi ye.. InsyaAllah.

P/s: Ahmad tu nama ummi bagi untuk baby (eheh.. sebab dah tahu jantina baby). Bila dah keluar nanti, InsyaAllah ummi dan abah tambah nama lain ye, Ahmad..

Tuesday 6 November 2012

BismillahirRahmaanirRahiim...

Assalamu'alaikum warahmatullah..

My husband urged me to start blogging. Don't know why.. Perhaps he saw me as a talented writer (hoho..) or maybe he saw me as someone who has lot of free time.  But.. I do like to write, I am. Do I have confidence to blog till end? Don't know.. but I hope this blog could help me to discipline myself (heh..), being istiqamah when I do something. InsyaAllah...